Followers

Monday, June 23, 2014

temuduga MEDSI

assalamualaikum ;)

hari ni nak share sikit pasal MEDSI ni . bagi yang bercita-cita nak jadi cikgu sure la tahu MEDSI ni ape kan. sokay meh nak cite sket pasal MEDSI. 

                                              MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)
Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.
Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:
  1. Personaliti
  2. Minat Kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi
Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon.
so bagi mereka yang nak ambil kos ijazah pendidikan di IPTA. wajib la menduduki MEDSI ni. then bila dah lulus MEDSI korang akan dipanggil untuk temuduga izajah pendidikan berdasarkan subjek yang korang mintak.
macam saya. saya mohon IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM) .dan alhamdulillah lulus MEDSI dan dipanggil untuk temuduga. 
jadi nak share la ape yang boleh ditanya dalam temuduga tu. saya list soalan je. jawapan tu secret. malu la nak share jawapan. haha ;D

1. perkenalkan diri anda ( cakap banyak banyak pasal diri korang sampai la panel tu jemu ;) )

2. boleh awak mengajar kami ? ( haaa ni bahaya. so prepare la study sikit subjek yang korang ambik tu . takde la blur la ajar ape )

3. apa awak nak buat untuk memastikan student memahami apa yang awak ajar?

4. macam mana awak nak tahu yang semua student awak faham benda yang awak ajar ?

5. awak ada kakak ? ( emm ntah aku tak tahu why panel tanya ni.haha )

6. masa lapang, awak buat apa ?

7. datang sini naik apa ?

8. apa perubahan yang awak nak buat kat sekolah? 

9. apa awak nak buat dengan student yang nakal lagi samseng ?

10. sanggup ke jadi cikgu ? 

11. kenapa nak jadi cikgu ?

12. matamatik dapat A ?

14. subjek akaun OK ke ?

15. pointer awak berapa ?

16. siapa yang ajar awak subjek akaun kat kolej lama ?

act ada lagi soalan tapi saya lupa. maaf ye ;) 

tips:
  • pilih baju yang sesuai 
  • selawat jangan lupa
  • relax tenang kalau tak takdapt jawab kalau jiwa kacau
  • study isu semasa dan subjek yang korang ambik tu
  • nama menteri wajib hafal
  • doa .itu yang penting

sekian. moga bermanfaat bagi mereka yang memerlukan. ada ape ape soalan boleh tanya. jangan malu jangan segan. InsyaAllah saya tolong ;)


Monday, June 2, 2014

kita disini , mereka disana

assalamualaikum
awak awak yang tengah baca blog aisyah marshamellow ini ;p , apa khabar? baik. alhamdulillah


La Tahzan Innallaha Ma'ana

 "Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita"


boleh dikatakan semua orang tahu kan ayat ni. LA TAHZAN. ya jangan bersedih. kenapa kita sedih? ada orang sedih kehilangan orang tersayang, ada orang sedih sebab kewangan yang semakin hari semakin sempit, ada orang sedih sebab tekanan duniawi yang sampai mati pun akan kita lalui. kita ? tanya diri, kenapa kita sedih?



kalau kita sedih memikirkan duniawi, Allah... rugi.. rugi... sedangkan Akhirat yang kekal sedang menanti ,tapi kita sibuk memikirkan dunia tak lama lagi akan kita tinggalkan. tak rasa rugi ke?

kita rasa kita susah, sebenarnya ada lagi insan insan di luar sana yang susah ;(
kita rasa kita miskin, sebenarnya ada lagi mereka yang tiada harta duniawi ;(
sedang kita di sini makan , tengok tv, bersosial, tapi saudara Islam diluar sana sedang berjuang ;(


youtube
tengok video dari Heliza, memaparkan keadaan mereka di sana. Ya Allah. memang sedih keadaan di sana. semoga bermanfaat. semoga video ni bagi kita pengajaran.
jangan bersedih, Allah ada ;)
bersyukurlah dan doakan mereka.




Thursday, May 22, 2014

perubahan seorang lelaki

Assalamualaikum.
tak nak cakap banyak. jom layan gambor gambor bermanfaat ni.

























kredit to :MUSLIM SEJATI

Wednesday, May 21, 2014

lagu dan lagu


assalamualaikum. 

lama tak bersua ;p
so here just nak share about this song.memotivasi dan bagi semangat kepada si tuan tanah kedaun blog.hihihi i just LOVE it. penyanyi pun cun melecun dan suka cara dia bergaya, tutup aurat tapi tetap cantik. 
kerana yang tertutup itu indah dear muslimah sekalian .;)


WANITA SYURGA BIDADARI DUNIA

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah.
. Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
 Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa Laksana surga di dunia
 * Keteguhan hatimu oh wanita muslimah 
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa 
Sejukmu menentramkan jiwa 
Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia 
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta 
Engkau wanita syurga bak permata berharga berbinar indah dalam kesucian jiwa