Followers

Monday, June 23, 2014

temuduga MEDSI

assalamualaikum ;)

hari ni nak share sikit pasal MEDSI ni . bagi yang bercita-cita nak jadi cikgu sure la tahu MEDSI ni ape kan. sokay meh nak cite sket pasal MEDSI. 

                                              MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)
Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.
Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:
  1. Personaliti
  2. Minat Kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi
Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon.
so bagi mereka yang nak ambil kos ijazah pendidikan di IPTA. wajib la menduduki MEDSI ni. then bila dah lulus MEDSI korang akan dipanggil untuk temuduga izajah pendidikan berdasarkan subjek yang korang mintak.
macam saya. saya mohon IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM) .dan alhamdulillah lulus MEDSI dan dipanggil untuk temuduga. 
jadi nak share la ape yang boleh ditanya dalam temuduga tu. saya list soalan je. jawapan tu secret. malu la nak share jawapan. haha ;D

1. perkenalkan diri anda ( cakap banyak banyak pasal diri korang sampai la panel tu jemu ;) )

2. boleh awak mengajar kami ? ( haaa ni bahaya. so prepare la study sikit subjek yang korang ambik tu . takde la blur la ajar ape )

3. apa awak nak buat untuk memastikan student memahami apa yang awak ajar?

4. macam mana awak nak tahu yang semua student awak faham benda yang awak ajar ?

5. awak ada kakak ? ( emm ntah aku tak tahu why panel tanya ni.haha )

6. masa lapang, awak buat apa ?

7. datang sini naik apa ?

8. apa perubahan yang awak nak buat kat sekolah? 

9. apa awak nak buat dengan student yang nakal lagi samseng ?

10. sanggup ke jadi cikgu ? 

11. kenapa nak jadi cikgu ?

12. matamatik dapat A ?

14. subjek akaun OK ke ?

15. pointer awak berapa ?

16. siapa yang ajar awak subjek akaun kat kolej lama ?

act ada lagi soalan tapi saya lupa. maaf ye ;) 

tips:
  • pilih baju yang sesuai 
  • selawat jangan lupa
  • relax tenang kalau tak takdapt jawab kalau jiwa kacau
  • study isu semasa dan subjek yang korang ambik tu
  • nama menteri wajib hafal
  • doa .itu yang penting

sekian. moga bermanfaat bagi mereka yang memerlukan. ada ape ape soalan boleh tanya. jangan malu jangan segan. InsyaAllah saya tolong ;)